Wednesday, 4 February 2015

Pengenalan Dari Penulis


Teks: Mawarni Sani
Imej: Logo Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan kepada sesiapa yang singgah dan membaca entri pengenalan ini. Semoga hari yang diberkati untuk kita semua. Blog ini diwujudkan sebagai langkah pertamaku sebagai Ahli Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Setelah berbulan-bulan membaca banyak blog berkaitan dengan ABDR, aku mengambil langkah pertama dengan mendaftar sebagai ahli ABDR sebaik sahaja menyambut hari jadi yang ke 36. Semoga ini permulaan kearah cita-citaku untuk bekerja dari rumah. Insha Allah.

Tugasan pertama dari sifu ialah perkenalkan diri. 

Nama sebenarku ialah Siti Mawarni. Aku memilih nama Mawarni Sani, ia adalah gabungan nama ku dan ayahanda tercinta (Mawarni adalah namaku dan Sani adalah nama ayah ku). 

Sedikit info tentang diriku. Aku anak sulung dari 6 orang adik beradik. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak (2 perempuan dan 1 lelaki yang berumur 5 hingga 14 tahun). Sekarang ini aku masih bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan swasta. Selain bekerja makan gaji, aku juga menjalankan bisnes online secara sambilan sejak 2 tahun lepas. Bermula dengan sekadar suka-suka, tapi sekarang lebih serius dan berniat untuk mengembangkan bisnes online agar menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan, mana tahu boleh jadi sumber rezki jika tidak bekerja makan gaji.

Sebenarnya, aku bukan berasal dari keluarga berniaga dan aku sendiri hairan dari mana datangnya minat untuk berniaga. Setakat ini aku sudah menjual macam-macam produk dari keperluan rumah seperti cadar, telekong, tudung sehingga kepada makanan seperti pek nasi arab Al Bayt dan makanan sejuk beku seperti takoyaki frozen dan juga keropok lekor cheese.


Hobi ku di masa lapang ialah membaca. Bahan bacaan yang selalu menarik minat ku ialah buku berkaitan motivasi, travelog, tip keibu bapaan. Bila keluar bersama keluarga, kedai buku adalah tempat wajib singgah dan hobi membaca kini diperturunkan kepada anak-anak. Mereka ada buku kegemaran masing-masing.

Selain hobi membaca, aku juga suka melancong samada dalam atau luar negara. Alhamdulillah, suami juga mempunyai minat yang sama.

Akan datang aku akan berkongsi buku-buku menarik yang aku pernah baca dan juga kisah-kisah menarik sewaktu bercuti samada di dalam atau di luar negara.

Aku juga ada blog peribadi ( sedikit perkongsian tentang rutin harian, gelagat anak-anak dan resepi mudah)

Jemput baca Blog Kesayanganku HAPPYIRFA (ini adalah blog pertamaku, nama blog adalah sempena anak no 2, Irfan. Blog ini wujud selepas kelahirannya pada tahun 2006).

Sekian dahulu entri pengenalan dari ku, semoga bertemu lagi di entri seterusnya.
Jemput datang lagi ye 


Email: mawarni.sani@gmail.com
Facebook: MawarniSani Happy Irfa
Instagram: mawarnisani